Home Novel Cinta JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
JOM KAWEN SEMULA [REVAMP]
painarena
10/1/2022 02:07:29
158,194
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 22

TIDAK pasti cumbuan kali yang ke berapa, atau boleh jadi kerana tangan besi yang memaut pinggangnya hingga dia merapat ke lidah tingkap, tetapi akal Aqi kembali ke hierarki tertinggi. Matanya mencerlang luas, melihat muka Umar melekat pada mukanya. Lalu sekuat hati tubuh itu ditolak hingga mereka sama-sama terundur.

Umar terperanjat. Sedikit blur kerana masih lemas di dalam lautan nafsu. Samar-samar, dia melihat Aqi yang tengah merah muka. Malah disusuli tangis.

"Aqi..."

Tingkap ditutup kasar hingga tak sempat menutup gril.

Darah Umar berderau. Barulah tersedar macam baru bangun tidur. "Aqi!" Lalu dihentak cermin tingkap itu, tetapi langsir juga dah menutup pandangannya dari si wanita. "Aqi! Bukak tingkap ni!"

Tiada balasan. Malah lampu ditutup. Umar bergegas ke pintu rumah. Diketuk sekuatnya berkali kali tanpa henti sampailah pintu rumah dibuka anak perempuannya.

"Lah! Ayah??"

Umar tiada masa nak melayan keliru anaknya. Sebaliknya dia bergerak laju ke pintu bilik Aqi yang tertutup rapat.

"Aqi! Buka pintu ni Aqi! Tolonglah Aqi... aku minta maaf, Aqi please.... Buka pintu ni Aqi!"

Emir juga dah turun dari biliknya bahana kekecohan yang tiba-tiba itu. Pemuda itu berdiri di anak tangga, melihat ayahnya yang mengetuk pintu bilik tidur emaknya macam nak memecahkan terus rumah dua tingkat ini. Malah dihentam daun pintu itu macam anak kecil yang tengah tantrum sebab tak dapat barang kesukaannya. Pelik, kenapa ayahnya berada di rumah pada lewat malam begini dan pelik yang kedua, kenapa mengejar maaf si ibu sampai macam tu sekali?

"AQI!!" jerit Umar, dah tak peduli samada dia mengganggu jiran atau tidak.

"KELUAR!!" jerit wanita di dalamnya.

Kusut. "Aqi... aku minta maaf... please... buka pintu ni Aqi..."

"Taknak... pergi balik ke rumah kau..."

"Aqi..."

"Balik sebelum aku call polis!!"

"Aqi... please, jangan macam ni..."

"Taknak. Aku taknak. Aku taknak. Aku taknak!!"

Sebak di jiwa, hanya Tuhan yang tahu. Umar meraup rambut ke belakang kepala, merenung pintu yang tertutup rapat. Sekarang barulah dia sedar betapa luas pintu itu terbuka sebelum ini.

"Aqi, lets discuss. Please? Aku minta maaf... aku tak berniat... tolong buka pintu untuk aku balik, Aqi.... Aku minta maaf Aqi, aku minta maaf... Aqi, aku minta maaf... maafkan aku, Aqi... maaf... please Aqi... Aqi... tolong jangan tinggalkan aku lagi, Aqi..."

Ami di belakang pecah tangis. Dia tak pasti apa yang berlaku tetapi ini kali pertama dia melihat ayahnya koyak rabak sebegini sekali. Lalu dia berlari ke arah abangnya yang dah sampai di anak tangga pertama dan dipeluk tubuhnya. Melepaskan tangis di bahu itu. Emir hanya mengusap kepala Ami tanpa melepas renung pada apa yang berlaku di depan mata.

"Mar..." Nama itu disebut bersama esak kini.

Umar mengetap geraham sekuatnya. Tangan dilekap ke pintu itu. "Here..."

"Pergi pujuk bini kau. Jauhkan diri dari aku... help us, God..."

Makin perit rasa hati bila statusnya diingatkan. Apa benda ni? Kenapa sakit sangat hatinya ini? Kenapa dia perlu lalui kesakitan ini lagi?? Tekaknya terasa kembang. Pandangan juga mula terasa kabur, namun ditahan. Buku lima digenggam sekuatnya sambil berundur ke belakang, bersedia nak memecahkan pintu itu. Dia perlu selesaikan isu ini malam ini juga. Kali terakhir dia membenarkan Aqi menjauh, mereka berpisah 12 tahun. Dia takkan benarkan hal berulang sekali lagi....

"Ayah..."

Niat nak memecahkan pintu bilik itu terhenti, lalu dia menoleh. Terkaku bila melihat kembarnya. Emir nampak risau dan keliru, manakala Ami dah basah dengan tangis, malah tengah ditenangkan abangnya. Pintu bilik yang masih tertutup dipandang lagi, pada wanita yang mungkin tengah menangis di dalamnya. Kemudian pada anak-anaknya lagi. Kesedaran datang seperti emel baru masuk – mahu memaklumkan, sekarang dah bukan dahulu. Sekarang mereka ada anak-anak yang mengikat hubungan. Aqi takkan pergi jauh. Maka, Umar lega sedikit. Dan dia juga ada hidup baru yang perlu diberi perhatian.

Nafas berat ditelan, memaksa diri untuk bertenang.

"We're fine. Just... gaduh sikit... well, gaduh banyak... I mean, gaduh besar... I-I mean, takdelah besar sangat..." Kelibut.

"Ayah nangis..." 

"Ayah tak nangis." Gelak dipaksa keluar sambil menggaru pipi. Emir dikerling, benar-benar terkaku. Lekas disentuh mukanya, membuat anaknya itu terperanjat hingga terloncat bahunya. "Ma dengan ayah okay, Emir. Jangan risau."

"Oh..."

"Ma kau marahkan ayah. Ayah dah buat kesalahan besar sampai dia marah sangat-sangat."

"Kesalahan apa..." soalnya, namun peritnya kerut di muka itu membuat Emir terus menggigit lidah. Menyesal bertanya.

Soalan Emir dibalas dengan tarikan nafas dalam. Pintu dipandang lagi. "Tolong ayah boleh?"

"Tolong apa?"

"Kalau ma kau nak pergi jauh... halang selagi boleh. I want you guys to stay here. Terus dekat dengan ayah... at least dekat jarak yang ayah boleh nampak. Boleh?"

Mereka mengangguk, tetapi bersama soalan, "Kenapa ma nak pergi jauh?"

Tidak dijawab. "Tapi ayah pun tak boleh datang ke sini lagi lepas ni. Nanti kita arrange aktiviti kat luar..."

"Ayah pujuklah ma!" pinta Emir sesungguh hati.

Kepala keduanya diusap. "Kau tolong ayah pujuk ma kau? Ayah tak rasa ayah boleh jumpa dia lagi. Ayah kena jaga iman."

Kembar itu berpandangan. Terlalu keliru untuk memproses permintaan itu. Gamam lagi bila tiba tiba muka mereka dicium si ayah bertalu-talu. "I love you both... I love you so so much... and I'm sorry..." Dipeluk seeratnya. Kemudian dia bangkit, terus berjalan pergi, meninggalkan kedua-duanya terpinga.


MIMI tak perlu bersedih lama kerana pada malam itu juga, Umar balik dalam keadaan carca marba, meminta maaf padanya sebelum sempat dia menutur kata maaf macamlah Umar yang dah buat kesalahan berbanding dia. Seterusnya, mereka menghabiskan saki baki malam itu bersama. Mimi tak pasti apa yang dah berlaku, tetapi dia bersyukur suaminya dah jadi milik dia semula.

Malah, Aqi tiba-tiba menghubungi Mimi dan menyuruhnya menyediakan sarapan pagi untuk Umar, kemas rumah, cuci baju, buang sampah dan masakkan makan malam bila suaminya balik kerja dengan alasan dia enggan Umar datang ke rumahnya lagi. Jika Mimi malas sangat nak kemas rumah, boleh upah orang lain.

Sebuah cadangan yang tak pernah difikirkan olehnya.

Satu lagi keputusan drastik dibuat Aqi tanpa persetujuannya ialah menghantar Ami dan Emir ke rumahnya dengan alasan kembar itu perlu menghabiskan masa dengan Mimi. Aqi juga memaksa kembarnya membahasakan Mimi sebagai mami. Kembar itu terpaksa menurut kerana menghormati si ibu. Tetapi kawalan masih di tangan mereka kerana mereka hanya datang melawat rumah bila ayah mereka ada sekali.

Dan malam ini, mereka bermain Jenga bersama-sama di depan TV. Mereka berseronok suka suki hinggalah Emir bertanya soalan maut, "Ayah tak rindu ma?"

Umar gamam. Lengan terlanggar Jenga. Lekas diselamatkan sebelum roboh. Ami menoleh pada abangnya manakala Mimi menoleh pada suaminya.

"Dah berapa lama ayah tak datang rumah..." lanjut si abang.

"Ayah tak perlu makan sana lagi dah sebab mami kau pun dah makin rajin memasak... and its getting better." Belakang isterinya diusap bersama senyum bangga.

Ami menjuih. "Habis madu sepah dibuang."

Umar melontar blok Jenga ke kepala anaknya, membuat Ami mengekek.

"Cuti sekolah nak dekat. Jomlah kita bercuti bersama, ayah!" pinta anak nakalnya itu pula.

"Nak bercuti ke mana?"

"Manalah tau. Kruger Park, Afrika ke?"

"That's specific. Kenapa nak ke sana?"

"Ami nak tengok singa!"

"Pergi je la dekat zoo," saran Mimi.

"Zoo kurung singa. Ami benci zoo. Ami nak tengok singa yang jalan-jalan dengan family dia!" ujarnya dengan mata bersinar.

Emir dan Umar sama-sama meleretkan senyum melihat kilauan teruja itu.

"Hahaha. Ayah tak kisah, tapi kita pergi berempat je la."

"Memanglah kita berempat..."

"By empat, ayah maksudkan dengan mami kau. Bukan dengan ma kau."

Serentak mereka bertiga menoleh pada lelaki berkaca mata itu. Tengah mencari blok Jenga mana yang boleh ditarik.

"Siapa cakap sayang nak ikut?" soal Mimi pelik.

"Kenapa tolak ma ke tepi?" tegur Ami pula.

"Sebab..." Blok Jenga ditolak dengan kelingking. Penuh berhati-hati. "Sebab dia takkan setuju nak bercuti sekali dengan ayah..." Kemudian ditarik perlahan-lahan hingga terlepas. Jenga masih tak rebah. "Fuh! Boleh sakit jiwa aku main benda ni, hahaha!" Blok diletakkan ke tingkat teratas.

"Kalau macam tu kita pergi pantai? Mandi laut?"

"No."

"ShoppingTuxedo night?" pinta Emir pula.

"Tuxedo night? Apa tu?" Mereka menoleh pelik.

"Kita pakai baju cantik-cantik. Ma dengan Ami pakai dress, Emir dengan ayah pakai tux, kita makan kat exclusive restaurant..." 

"Mana kau dapat idea macam ni?"

"Ma buat dengan kawan-kawan dia sekali sekala. Kadang Emir ikut, kadang tidak."

"Macam best..." sengih Mimi kemudian, turut berangan nak berhias cantik-cantik

Ami dan Emir merenung emak tiri mereka sebelum berpandangan. Ami menggeleng, dan Emir menolak kepala si adik. Kemudian perhatian sama-sama dijatuhkan pada ayah mereka. Lelaki itu tersenyum.

"Boleh—" Muka kedua-duanya bertukar gembira. "—dengan mami kau."

Dan sama-sama mencerun. "Ma dengan ayah gaduh apa sampai taknak berjumpa langsung?!" Serentak disebut dengan nada marah.

Kening Mimi terjungkit tinggi. Barulah nampak genetik kembar itu pada budak berdua ini. Umar pula melepas keluh.

"Kami tak gaduh..."

"Habis tu??"

"Ayah tengah berbaik dengan mami kau."

"Ayah berbaik dengan mami sambil makan-makan dengan ma takkan buatkan US hantar drone ke Malaysia la ayah...." deram Emir.

"Mami! Back up, please?" pinta Ami pula. Dia tahu ibunya dah membantu pasangan suami isteri ini berbaik. Sekarang, dia mengharap balasan budi dari Mimi pula.

Tetapi sikap tipikal Mimi ialah dia mahu menang sekaligus memastikan Aqi supaya terus kalah terkubur, sejenis karakter yang kembar itu masih tidak mampu hadam tahap kroniknya. Tanpa berfikir panjang, Mimi terus menjawab. "Aunty tak kisah merasa bercuti dengan kau berdua demi memastikan bapak kau terus sayangkan aunty, tapi memang patut Aqi tu tak ikut. Peranan dia tak relevan dalam rumah ni. Ma kau tu macam ulat yang rosakkan hubungan kami dari dalam."

Dahi Umar berkerut sedikit, namun sabar ditahan. Tetapi bukan anak-anak Umar dan Aqi itu. Mereka serentak menoleh pada Umar, mengharap jawapan balas dari si ayah tapi Umar hanya diam.

Mereka berang. Ami menghentak meja hingga Jenga roboh lagi. Emir bangun terus dan mengambil beg pakaian yang dibawa bersama semasa mereka merancang nak tidur di sini. Ami terus berlari ke pintu. Sebelum keluar, dia memberi kata-kata terakhir.

"Datang buat kawan dengan aunty ialah mistake terbesar yang kami boleh fikir! Ayah hiduplah sengsorang dengan dia! Patutlah ma taknak dekat ayah! Kami pun taknak!" jeritnya. Pasu bunga tinggi di sebelah TV ditolak hingga jatuh ke lantai sebagai efek dramatik.

"Dia tinggalkan aku?" desis Emir bila adiknya terus menghilang. Kemudian dia turut bergerak ke pintu sambil mengangkut beg pakaian mereka.

Umar mengeluh. "Emir... ayah minta maaf sebab mami kau panggil Aqi ulat... tapi kau sepatutnya boleh faham, kan? Nak menafi macammana sekalipun, ayah tak boleh berbaik dengan wife ayah kalau rapat dengan ma kau."

"Emir faham. Cukup faham yang kami ialah anak ulat yang rodok-rodok tiang rumah ayah yang dah reput ni." Amarah ternampak pada sinar matanya.

Umar menelan bisa pahit yang merobek hati. "I had to choose, Mir..."

"Then, we'll help with your decision. Ayah pergi buat anak baru je!" Bersama renungan marah, dia berlalu pergi.

Ruang tamu itu bertukar hening. Kegembiraan dan kekecohan beberapa minit tadi hilang macam ditelan angin lalu. Namun sedikit pun perubahan itu tidak mengganggu mood Mimi. Dia tak kisahkan anak-anak tirinya itu. Tetapi kata-kata Emir tetap memberi idea.

Perut disentuh. Aqi juga pernah bertanya jika dia mengandung dan menghadiahkan anak kepada suaminya. Kembar itu ialah punca Aqi dan Umar berbaik, jadi dia juga boleh gunakan anak untuk mengikat suaminya.

"Abang nak anak?"

Bila ditoleh, suaminya tengah merebahkan kepala di atas meja, malah dipalingkan darinya. Lelaki itu merangkul kepalanya sendiri dengan kedua belah tangannya.

"Abang..." Bahu itu dipegang.

"Jangan sentuh—"

Jauh sekali suara itu, seperti tengah tenggelam di dasar laut. Mimi memekam bibir. Tahu salahnya kerana memanggil Aqi ulat di depan anak-anak suaminya sendiri, tetapi dia tak salah. Dah memang Aqi tu ulat. Terima je la!

"Nak sambung main Jenga?" soalnya, cuba memujuk. Tetapi Umar tak bereaksi. Mimi baru nak mengumpulkan Jenga bila Umar tiba-tiba menumbuk meja. Kuat sekali hingga mengejutkan si perempuan. Tahap kuat hingga air kopi di dalam cawan turut tertumpah. Lelaki itu menggenggam buku lima seeratnya hingga tidak nampak ruang udara di dalamnya.

Mimi menghela nafas pendek. "Abang pujuklah anak-anak abang tu nanti..."

"Mereka datang ke sini sebab nak berbaik dengan awak, sebab mereka taat dengan ma mereka... bahasakan awak sebagai mami... and you rejected that... and you insult their ma... and I'm too coward to do anything..." gumam Umar pada meja. Kena reject Aqi satu hal, kena reject anak-anaknya menambah luka di hati 100 kali ganda, tambah-tambah berpunca dari sikap bininya sendiri. "Aku dah tak tahu nak hidup macammana..." Kepala digaru sekuat-kuat hati, melepas kecewa yang tak bertepi.

Mimi kekal senyap. Tidak membangkang, tidak juga meminta maaf.


MALAM yang sama, Aqi menerima tetamu yang tak dijangka. Darah berderau terus ke perut bila menyambut Umar di luar rumah. Spontan ditutup semula pintu, tetapi lelaki itu dah menahan dengan kakinya terlebih dahulu.

"I want the twin," pintanya dengan wajah muram.

"The twin dekat rumah kau!" jeritnya pada dada bidang itu.

"Mereka dah keluar. Mereka marahkan aku."

Aqi terkedu. "Apa lagi yang kau dah buat?"

"Aku kalahkan mereka dalam Jenga."

Spontan dia melangut dengan muka berkerut.

Umar tersenyum kering. Pedulikanlah muka penuh curiga itu. "Kalau mereka tak balik ke sini, mereka lari ke mana?"

Automatik Aqi berubah risau. Anak mata dikerling ke tepi, bersungguh-sungguh berfikir. Umar menggunakan peluang itu untuk merenung wajah dihadapannya seperti orang haus menemui air di gurun Sahara.

"Vila?" tekanya.

Betul juga! Terus dia berpusing sambil menghubungi Farid. Setelah mendapat jawapan, dia berpaling ke pintu rumah itu semula. Jantung berdetak sedikit bila menyedari Aqi masih berdiri di depan pintu, merenungnya.

"So? Ada sana?"

"Ada sana."

"Alhamdulillah..." Keluh lega dihembus. Baru saja nak menutup pintu, Umar memanggilnya lagi. Mereka bertentangan buat seketika.

"I need help..." pintanya. Bila Aqi terus mendiamkan diri, Umar mengemam bibir. "The twin... mereka marahkan aku sebab kita... well... not meeting each other. Aku tak boleh nak explain dekat mereka. So... boleh kau tolong pujuk?"

"Kau nak aku buat apa!"

Berfikir seketika. "At the top of my head... tampal gambar muka aku kat dinding and baling dengan dart? That should relieve the tension a little..."

Aqi terkaku, memproses idea itu. Hakikatnya dia menyukai cadangan itu. Bukan anak-anaknya sahaja, dia sendiri pun boleh join.

Si wanita tidak menyedari Umar hanya menggunakan alasan pertolongan itu sebagai satu peluang untuk terus melihat wajahnya. Untung rezeki si lelaki, dia sempat melihat lekuk senyum yang tercuit di hujung bibir Aqi. Halus sekali, tetapi menggigit-gigit ulu hatinya. Umar tersenyum pahit, kurang pasti kenapa hatinya bertambah pedih.

"Aqi..." panggilnya lagi, membuat perhatian si wanita kembali tertumpu padanya. "Aku minta maaf..."

Pipi bertukar panas. Hanat benar lelaki ini membuatnya teringat kejadian malam itu. Aqi dah berusaha sehabis baik melupakannya. Pintu terus ditutup tanpa membalas maaf si lelaki. Belakang disandarkan, dan dada ditepuk-tepuk, cuba membuang debar.

Lembutnya cumbuan itu masih cukup segar di ingatan, malah masih bersisa getarnya di bibir walaupun dah memberus gigi dan berkumur banyak kali. Lalu mulutnya dikesat-kesat dengan belakang tangan.

"Curses..."

Mujur dosa mereka ditanggung sendiri, dan aib mereka ditutup kemas oleh Ilahi.

Umar di luar rumah pula membatu bila maafnya ditolak lagi. Dengan muka muram, dia mengheret kaki keluar dari pagar rumah itu. Seterusnya, Umar tidak pernah menjejakkan kakinya ke rumah ini lagi hingga berbulan-bulan lamanya. 


Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh painarena